Nak ganti Maria Tengku Sabri utk musim baru Jalan-jalan Cari Makan. Hadirah asal dok dlm sling nih mesti tido nyenyak punyalah.
Bila masa ntah hubbyku tangkap gambar ini. Tak sedar langsung. Yg pasti.. kuew tiaw ladna tu mmg sodap.
Thehehe.. Hadirah tersorok bwh meja. Maminya tgh asyik mkn. Handsfree maa.. Tak payah take turn pun time mkn.
Tgh bfkan Hadirah kat Carrefour. Takyah cari nursing room. Duk lepak je kat kerusi, selak baju n tutup skit ngan ring slingku yg bergaya itu. Senangkan?
Aksi Hadirah yg nyenyak tido dlm pangkuanku (maaf kerana visual kurang menarik. Ku masih dlm pantang ketika gambar ini dirakamkan. Otw g klinik jab Hadirah 1 month)Entri nih ku buat special utk contest yg maryaa buat. Aku nih bab2 mengatur ayat mmg x reti. Mengarut pun mengarutlah janji cerita tu betul. Sbnrnya.. dah lama dah ku mengusyar2 nak babywearing nih. Dr zaman mengandung lg. Ilmu ttg babywearing ni pun memula dpt masa 1st gath SI kat Tasik Shah Alam yg diberikan oleh Kak Shaza. Time nih duk dgr je. 2nd gath kat Taman Tasik Permaisuri, ku dah start pegang2 dah sling yg kak Shaza duk demo n jual tu. Yelah.. nak tau camne le feelnya. Masa tu Kak Shaza jual pouch sling. Time 2 hati dah berbelah bg samada nak beli @ tak. Last2, ku decide nak beli lps bersalin sambil2 nak menambah ilmu lg psl babywearing nih.
Bermula dr saat itulah ku mula belajar sedikit sbyk ttg ilmu babywearing nih. Ku ingin berkongsi sedikit ilmu yg ku perolehi drpd apa yg telah ku dapati disini. Sbnrnya tdpt bbrp jenis yg ada dijual dipasaran. Setakat yg aku tau, selain pouch sling, ada ring sling, mei tai n wrap. Ada lg kot tp aku tau yg ni je. Pastu, kena tgk gak jenis2 material yg diaorg guna. Cthnya: linen, japanese cotton, italian cotton, satin, silk n bermcm2 lglah. Kalau nak beli pouch, kena ikut saiz bdn ibunya (kalau ibu yg akan pki sling tu n begitulah sebaliknya). Kalau ring sling, takde hal sbb boleh adjust ikut sapa yg pki.
Kenapa ye aku berminat nak babywearing nih?
Mudah utk aku bergerak terutamanya di tempat2 awam yg sesak. Bknlah susah nk bergerak psl apa. Kalau bwk stroller, susah nak berjln di celah2 or yg sesak. Maklumlah, aku nih suka bershopping di Carrefour, Jusco n Tesco. Susah nak bergerak dgn stroller n in the same time nak tolak troli. At least kalau aku pki sling, tgn ku yg free ini bolehlah tolak troli sambil2 dgn mudahnya menggapai apa yg patut. Thehehe..
Disamping itu, sling ini sgt sesuai dipki di tempat2 yg x memungkinkan stroller digunakan. Cthnya : kedai mamak (utkku bersarapan), bank, kelas KUMON Damia (rumah kedai yg berada di Tingkat 1) n byk lg. Setakat nih, semua tempat tsbt tlh kujelajahi dgn jayanya. Dan dgn jayanya aku dpt mkn di kedai mamak dgn menggunakan kedua2 belah tgnku tanpa perlu bergilir2 dgn husbandku utk dokong Hadirah n take turn utk mkn. Hebat tak?
Babywearing nih pun sgt berguna utk buat kerja2 rumah. Anakku si Hadirah skrg nih susah betul nak tido siang. Tp mlm dia boleh tido dgn nyenyaknya. Kalau siang asal letak je, melalak (walaupun sblm tu dia dah terlelap lps menyusu). Nak taknak, terpaksalah ku menggendongnya. Tp oklah gak, sekurang2nya dptlah buat kerja drpd x dpt buat apa2 langsung. Dr menyidai baju, menyapu.. n memasak pun boleh.
Kenapa ye aku beli sling dr maryaa?
Sbnrnya, slps bersalin ku dah start menyusyar blog2 yg menjual pelbagai jenis sling. Pernah juga ku bertanya ttg size pouch sling n akhirnya hanya membuatkan kepalaku lebih pusing. Sbb, utk pouch sling, size yg sesuai amat penting. Kalau kita berhasrat utk menggunakan pouch sling tsbt utk menyusu, digalakkan utk mengambil satu size lebih besar. Tp.. takutlah plak kalau size pouch sling tu besar sgt n buat bbku menggelongsor turun. Pd waktu itu, ku sgt was2 utk membeli ring sling kerana x berapa yakin yg ianya selamat utk digunakan (takut x pandai belit, bb terlepas plak.. seriaunya).
Ku masuk blog maryaa sbb nak mengusyar2 CMCDnya. Tetiba, hatiku terjatuh cinta bila melihat Rosalyn. Lalu ku tanya maryaa, apakah jenis material yg digunakan. Sebolehnya, ku ingin menggunakan material jenis japanese cotton sbb materialnya sejuk. Kebetulannya, material yg digunakan adalah dr streachy cotton (yg kaler plain pink tu) n japanese cotton (utk border tepi tu). Disamping itu, sling yg maryaa jual nih ada padded kat bahagian bahu. Tentunya amat selesa bila memakainya. Ianya cukup pjg n boleh digunakan hujungnya sbg nursing cover. Kat bahagian hujungnya juga ada poket kecik yg boleh masukkan hpku n purse kecikku. So.. takyah bwk handbag g jln.
Kesimpulannya, babywearing nih sgt best. Bb rase selesa, selamat n kurang menangis sbb berada dkt ngan ibunya. Hadirah kalau masukkan dlm ring slingku yg cantik itu, sekejap je dah boleh terlelap. Mamipun senang nak bergerak n buat kerja. Tangan free n langsung x lenguh kalau kena cara pakainya. So pd sesiapa yg belum ada sling tu, cubalah. Sgt selesa. Tak pandai belit? Boleh belajar kat youtube. Hubbyku pun dah pandai pakai. Drpd kena dokong je, baik pakai sling katanya.
5 comments:
wah mu dh kurus dr kuuu...
tension!!!!
amyatie in da house...
thehehe.. ku akan pastikan yg diriku akan bertambah kurus utk next gath. biar dirimu cemburu dgn kekurusanku..
ayang ...letak pic sket babywearing tu...mana nak tahu kot2 berkenan nnti leh leh untk next baby... hehehehe
ok mun.. nnt aku tangkap lg gambar ngan ring slingku yg cantik bergaya tu. tunggu..
jom la join http://www.malaysianbabywearers.org
see u there :)
Post a Comment