Sunday, May 31, 2009

Stok Susu


View peti aisku dr bahagian depan - drawer bahagian atas tempat letak mknn beku, drawer bahagian bwh khas utk stok susuku shj (layer kat drawer susu bwh tu ada 40 paket, kat layer atas ada 2 layer n lebih dr 60 paket susuku)


Pandangan dari sisi

Pandangan dari atas

Alhamdulillah.. akhirnya stok susuku telah mencecah 100 paket yg terdiri drpd pelbagai isian. 80% amaun susu dr stp paket tu melebihi 4 oz. Minimum stp liner ialah 2 oz n maksimum 6 1/2 oz. Mcm mana ku tau dah lebih 100 paket? Thehehe.. ssb liners yg pink 2 dah habis sekotaklah.
First batch (100 paket) ku guna liner youhaveababy liners (yg kaler pink). 2nd batch, ku guna liner Playtex (yg kaler hijau). Personally, ku x berapa suka guna Playtex. Sbbnya.. bila ku ikat, plastik liner tu nmpk kuncup je (ada paham ka?). Beza sgt kalau guna plastik YHAB. Kalau masukkan susu n ikat dgn sedikit udara, cantik je rupa plastik tu. Nak lg clear, cuba tgk dlm gambar ketiga tu. Comparelah n korang boleh faham apa yg ku maksudkan. N yg lg best, liner YHAB tu lg murah dr Playtex. Walaupun kualiti plastiknya x sehebat Playtex (plastik Playtex lebih tebal dr YHAB), but who cares? Janji kualiti susuku x terjejas.
Oh ya.. post kali nih ku tujukan khas buat birasku Kak Yam n Idamurni. Buat Kak Yam, semoga ianya menjadi perangsang dlm menjayakan usahamu utk membuat stok buat anakmu. Dan buat Ida, semoga ianya dpt memotivasikan client2mu itu. Ku sekadar ingin berkongsi bahagia yg kurasa tanpa ada niat sedikitpun utk menunjuk2 ye kengkawan. N tidak mustahil ye utk sesiapa juapun dpt mengumpulkan stok sebyk ini during confinement. Yg penting, pam.. pam.. pam. Korang x tau betapa payahnya di awal usahaku utk mengumpul stokku ini. Ku pernah menangis melihatkan hasilnya utk pertama kali usahaku mengepam. 2 oz je utk kedua2 belah B!
Namun tekadku, aku akan cuba tingkatkan kekerapan mengepam. Alhamdulillah.. setelah mencuba hampir 2 minggu (ku mulakan sesi mengepamku seawal minggu pertama - kerana ku ada masalah dgn B ku yg bengkak), susuku bertambah dr 2 oz ke 4 oz. N syukur, skrg dah meningkat ke 6 oz (minimum) utk stp kali sesi perahan. Tp biasanya tgh hari payah skit nak dpt 6 oz. N kadang2 jgk utk waktu pagi n mlm, boleh dpt lebih dr 6 oz.
Semoga postku kali ini menjadi motivasi bg sesiapa saja yg memerlukannya. N tak mustahil, mungkin ku juga akan perlukannya satu waktu nnt. Ku harap, supplyku akan maintain smpilah usia anakku berusia 2 thn. Tolong doakan ye kengkawan. Amin..

Sunday, May 24, 2009

Fotoshot Hadirah








Hari nih ku pergi menziarah birasku yg ku panggil Kak Yam. Kak Yam juga baru melahirkan cahayamata perempuan pertamanya. Anak pertama n keduanya adalah lelaki. Kecik saja si Sarah Alisya itu. Kebetulan, alangku (abang kpd hubbyku) ingin membuat fotoshot utk anak perempuan kesayangannya itu. Ku apalagi.. join le sekaki. Inilah gambar2 tercantik Hadirah yg sempat ku tampalkan di sini utk tatapan kalian. Utk makluman, gambar ini tlh dirakamkan oleh fotographer professional sbb alangku ini buat side income tangkap gambar pengantin. So, siapa2 yg berminat nak tangkap gambar anak2nya cam Hadirah nih bolehlah hubungi daku utk membuat tempahan.

Friday, May 22, 2009

CD-ing Hadirah

Alhamdulillah.. ku telah berjaya CD-ing Hadirah dgn jayanya smlm. Total CD yg ku gunakan ada 6 helai dr lps mandi pagi smlm smpi pg ni. Ada bbrp jenis CD yg ku gunakan. Inilah review drku sbg panduan kalian :

1) Lunatots (Luna) - Materialnya tip top cuma cuttingnya kecik. Kalaulah cuttingnya dibuat ikut saiz international bb n tempat insertnya bertutup, ku yakin ianya dah cukup layak berada setaraf dgn CD2 omputih. Ku ada 2 jenis iaitu velcro n snap button. Ku lebih gemar yg snap. Inner fleecenya sgt soft. Ku suka bangat.

2) Crazy Momy (CMCD) - Mungkin ramai yg tak tau yg CMCD ada didtgkan dlm 2 jenis inner. Satu fleece n satu lg suede. Ku mmg suka bangat ngan fleece inner. Material ok cuma snap botton utk adjust size tu ada kureng skit. Asik tercabut je time nk pkikan CD.

3) Kasihku Sayangku (KS) - Inner suedenya keras nak mampus. Velcro dia plak part yg hujung2 tu suka tercongek keluar. Iskh.. nak cite pun payah. Yg best pun kat CD KS nih ialah tempat nak masukkan insert tu elok bertutup so takdelah insert tu terkeluar2.
4) Coolababy (Coola) - CD ku yg paling best setakat ini. Material oklah. Inner fleece jgk cuma taklah selembut luna. Kiranya coola nih averangelah dlm memenuhi seleraku.
Apa yg ku cari pd sekeping CD?
a) Harga - X mahal n mampu milik. Berbalik pd tujuan asal nak pki CD sbb nk jimat duit, kan? Kalau sekeping smpi beratus2, taklah jimat namanya (mampus acik nnt org kata mulut laser). Tp.. depend pd orglah, kan? Kalau mampu apa salahnya. Aku rase, aku mampu. Tp buat permulaan, biarlah start dr yg murah2 dulu. Yelah.. x pro lg. Yg kenal pun hanya pocket diaper je. Belum lagi ckp psl AIO, AI2, prefold n segala mak nenek. Mau pening kepala acik kalau nak belajar semua tu serentak. Pelan2 ehh..
Tpkan org kata (bkn acik yg ckp ehh..) kualiti bbrp CD tempatan skrg nih dah setanding yg import punya. Siap ada yg compare ngan HH n BG. So, kalau kualiti produk tempatan dan setanding produk luar negara, kenapa perlu pilih yg dtg dr luar. Belilah brg buatan Malaysia. Selain harganya lebih murah, kita dah support produk kita sendiri supaya boleh bersaing sama dgn produk luar (tp kalau harga dah sama ngan produk luar, harus acik beli yg luar punya. Hampeh tul acik nih. Ckp x serupa bikin)
b) Material - Ku suka inner fleece n snap button. Ku x berapa suka inner suede sbb materialnya agak kasar. Velcro pula mungkin akan hilang fungsinya di kemudian hari. Namun, x kunafikan betapa senangnya memakaikan velcro pd newborn cam Hadirah. Tp kalau dia dah besar, takut dia bkk sendiri CD tu. Buat masa ni, ku hanya kenal insert yg bernama microfibre. Ku adalah sekeping insert bamboo tp x prewash lg. Nnt lps ku try, ku bg review lg.
c) Cutting - Ku suka cutting international bb le. Kalau cutting kecik nih, x lama boleh pki. Kalau boleh, naklah CD tu boleh pki smpi bb dah potty training kan?
Sekianlah review ku ttg CD kali ini ye. Harap tiada yg berkecik hati dgn coretan ku ye. Nasihat ku, better cuba semua jenis CD yg ada di psrn (yg boleh memenuhi kehendak hati & poket). Pastu baru decide nak beli yg mana. Selera org x sama. Ku dan Akma sgt sukakan Coola. Ida suka Luna. So.. kamu suka apa?

Thursday, May 21, 2009

Shopping @ One Utama

Hari nih g shopping ngan Hadirah. Ada member's day Jusco One Utama. Pergi berdua je. Penat giler duk melayan kerenah budak bertuah sorang nih. Asiklah melalak je. First time naik stroller kot. Ada strategi nih ingat suka suki je ke nak bwk stroller? Tak kuasa daku. Stroller cum trolley le. Kalau duk tolak trolley bsr gedabak sgt. Usung stroller kecik skit. Dah tu diriku ini kalau bwk stroller pun cukup suka langgar org. Maklumlah.. tangan tolak stroller tp mata pandang kiri kanan. Kalau pki stroller at least kalau langgar org taklah sakit sgt. Boleh plak pk camtu erk? Sabar jelah. Hadirah duk dlm sling, baju2 duk dlm stroller. Thehehehehe..
Cadangnya nak beli baju jalan Hadirah. Pelik aku apsal x jumpa baju Damia masa kecik2 dulu. Rabak gaklah duitku dlm RM300. Terasa betul. Yelah.. dulu anak sorang je. Skrg dah 2. Expenses pun double. Ada 2 psg dress Poney yg ku belikan Damia sejibik mcm adiknya. Comel sgt. Hahaha..mesti sapa2 yg takde 2 org anak pompuan mcm aku jeles. Tp mmg bestlah shopping baju utk anak pompuan. Cantik2. Hadirah dpt 4 psg dress, 5 helai t-shirt, 3 psg jeans yg semuanya utk g jejalan n 2 set baju utk pki kat rumah. N Hadirah dpt sehelai lg dress 'Flower Girl' utk wedding Pak Ngah n Mama Lianya nnt. Comey sgt. Ingat nak beli dress yg sama cam Damia dulu tp patent tu dah takde dah. Last2 beli gaklah yg ala2 Damia punya. Asal nampak ala2 sama dahlah. Org x kaji pun.
Balik rumah kena question dgn Damia apsal dia dpt 2 helai dress tu je. Terus ku pergi ke almariku n keluarkan stok2 baju dia yg dah awal2 dulu ku beli. Adalah 5 helai t-shirt, 2 psg jeans n 2 psg dress lg. Huh.. selamat. Hati dia kena jaga gak. Kang dia ingat kita x syg dia plak. Lagi2lah sejak dia buat perangai.. suka kencing dlm seluar.
Hadirah balik je dr OU terus ku mandikan. Lepas menyusu terus tido x sedar2. haa.. penatlah tu. Kan bagus time ku sibuk bershopping tu dia tido. Ni tidak. Duk dlm stroller mata terbuntang je. Terlelap pun masa akubwk dia dlm sling. Hadoi laa..

Tuesday, May 19, 2009

Implanon

Ku dah pasang implanon pd hari Isnin lepas. Tanganku masih lebam lg tp taklah seteruk masa zaman Damia dulu. Time pakai dulu, seminggu lebih lebam tu baru hilang. Dah tu lebamnya teruk cam kena tumbuk. Kali nih cam ok skit. Lebamlah jgk tp taklah seteruk dulu. Ku pasang implanon kat LPPKN Jln Raja Laut utk 3 tahun. Harganya dah naik RM320. Last time ku pasang RM250. It was 4 yrs ago. IUCD lglah mencanak naiknya. Dr RM5 naik harga ke RM80. Tp yelahkan.. itu pun dah subsidi. Syukur.. Kalau pasang kat private, dkt RM600 gaklah reganya.
Ku psg implanon sbg perancang keluarga sbb ku ini bkn jenis yg berdisiplin punya org kalau nak gunakan perancang jenis pil. Nak amik suntikan pun malas sbb every 2 @ 3 month kena g amik jab. Cucuk kat montot oo.. Kbykn org yg kuar dr bilik doktor mesti berkerut2 mukanya. Kesian ku tgk. Nak pasang IUCD.. eii ngerinya. Lagi2 part kena kangkang nih. Ku fobia sungguh. Ku plan pasang awal supaya nnt boleh bukak awal juga. Last time masa bukak implanon, doktor di LPPKN tu ada jgk bertanya kenapa ku ingin membukanya 3 bln lebih awal. Ku bg reason yg ku takut diriku susah nak conceive. Nasib baik x kena marah. Yelahkan.. guna yg subsidi punya nih kalau boleh diaorg nak maximizekan apa yg patut. Kalau 3 thn psg, 3 thnlah pki. Implanon nih akan tamat tempohnya pd bln 5 thn 2012.

Sunday, May 17, 2009

My Babywearing Journey

Nak ganti Maria Tengku Sabri utk musim baru Jalan-jalan Cari Makan. Hadirah asal dok dlm sling nih mesti tido nyenyak punyalah.

Bila masa ntah hubbyku tangkap gambar ini. Tak sedar langsung. Yg pasti.. kuew tiaw ladna tu mmg sodap.

Thehehe.. Hadirah tersorok bwh meja. Maminya tgh asyik mkn. Handsfree maa.. Tak payah take turn pun time mkn.

Tgh bfkan Hadirah kat Carrefour. Takyah cari nursing room. Duk lepak je kat kerusi, selak baju n tutup skit ngan ring slingku yg bergaya itu. Senangkan?

Aksi Hadirah yg nyenyak tido dlm pangkuanku (maaf kerana visual kurang menarik. Ku masih dlm pantang ketika gambar ini dirakamkan. Otw g klinik jab Hadirah 1 month)


Entri nih ku buat special utk contest yg maryaa buat. Aku nih bab2 mengatur ayat mmg x reti. Mengarut pun mengarutlah janji cerita tu betul. Sbnrnya.. dah lama dah ku mengusyar2 nak babywearing nih. Dr zaman mengandung lg. Ilmu ttg babywearing ni pun memula dpt masa 1st gath SI kat Tasik Shah Alam yg diberikan oleh Kak Shaza. Time nih duk dgr je. 2nd gath kat Taman Tasik Permaisuri, ku dah start pegang2 dah sling yg kak Shaza duk demo n jual tu. Yelah.. nak tau camne le feelnya. Masa tu Kak Shaza jual pouch sling. Time 2 hati dah berbelah bg samada nak beli @ tak. Last2, ku decide nak beli lps bersalin sambil2 nak menambah ilmu lg psl babywearing nih.

Bermula dr saat itulah ku mula belajar sedikit sbyk ttg ilmu babywearing nih. Ku ingin berkongsi sedikit ilmu yg ku perolehi drpd apa yg telah ku dapati disini. Sbnrnya tdpt bbrp jenis yg ada dijual dipasaran. Setakat yg aku tau, selain pouch sling, ada ring sling, mei tai n wrap. Ada lg kot tp aku tau yg ni je. Pastu, kena tgk gak jenis2 material yg diaorg guna. Cthnya: linen, japanese cotton, italian cotton, satin, silk n bermcm2 lglah. Kalau nak beli pouch, kena ikut saiz bdn ibunya (kalau ibu yg akan pki sling tu n begitulah sebaliknya). Kalau ring sling, takde hal sbb boleh adjust ikut sapa yg pki.

Kenapa ye aku berminat nak babywearing nih?

Mudah utk aku bergerak terutamanya di tempat2 awam yg sesak. Bknlah susah nk bergerak psl apa. Kalau bwk stroller, susah nak berjln di celah2 or yg sesak. Maklumlah, aku nih suka bershopping di Carrefour, Jusco n Tesco. Susah nak bergerak dgn stroller n in the same time nak tolak troli. At least kalau aku pki sling, tgn ku yg free ini bolehlah tolak troli sambil2 dgn mudahnya menggapai apa yg patut. Thehehe..

Disamping itu, sling ini sgt sesuai dipki di tempat2 yg x memungkinkan stroller digunakan. Cthnya : kedai mamak (utkku bersarapan), bank, kelas KUMON Damia (rumah kedai yg berada di Tingkat 1) n byk lg. Setakat nih, semua tempat tsbt tlh kujelajahi dgn jayanya. Dan dgn jayanya aku dpt mkn di kedai mamak dgn menggunakan kedua2 belah tgnku tanpa perlu bergilir2 dgn husbandku utk dokong Hadirah n take turn utk mkn. Hebat tak?

Babywearing nih pun sgt berguna utk buat kerja2 rumah. Anakku si Hadirah skrg nih susah betul nak tido siang. Tp mlm dia boleh tido dgn nyenyaknya. Kalau siang asal letak je, melalak (walaupun sblm tu dia dah terlelap lps menyusu). Nak taknak, terpaksalah ku menggendongnya. Tp oklah gak, sekurang2nya dptlah buat kerja drpd x dpt buat apa2 langsung. Dr menyidai baju, menyapu.. n memasak pun boleh.

Kenapa ye aku beli sling dr maryaa?

Sbnrnya, slps bersalin ku dah start menyusyar blog2 yg menjual pelbagai jenis sling. Pernah juga ku bertanya ttg size pouch sling n akhirnya hanya membuatkan kepalaku lebih pusing. Sbb, utk pouch sling, size yg sesuai amat penting. Kalau kita berhasrat utk menggunakan pouch sling tsbt utk menyusu, digalakkan utk mengambil satu size lebih besar. Tp.. takutlah plak kalau size pouch sling tu besar sgt n buat bbku menggelongsor turun. Pd waktu itu, ku sgt was2 utk membeli ring sling kerana x berapa yakin yg ianya selamat utk digunakan (takut x pandai belit, bb terlepas plak.. seriaunya).

Ku masuk blog maryaa sbb nak mengusyar2 CMCDnya. Tetiba, hatiku terjatuh cinta bila melihat Rosalyn. Lalu ku tanya maryaa, apakah jenis material yg digunakan. Sebolehnya, ku ingin menggunakan material jenis japanese cotton sbb materialnya sejuk. Kebetulannya, material yg digunakan adalah dr streachy cotton (yg kaler plain pink tu) n japanese cotton (utk border tepi tu). Disamping itu, sling yg maryaa jual nih ada padded kat bahagian bahu. Tentunya amat selesa bila memakainya. Ianya cukup pjg n boleh digunakan hujungnya sbg nursing cover. Kat bahagian hujungnya juga ada poket kecik yg boleh masukkan hpku n purse kecikku. So.. takyah bwk handbag g jln.

Kesimpulannya, babywearing nih sgt best. Bb rase selesa, selamat n kurang menangis sbb berada dkt ngan ibunya. Hadirah kalau masukkan dlm ring slingku yg cantik itu, sekejap je dah boleh terlelap. Mamipun senang nak bergerak n buat kerja. Tangan free n langsung x lenguh kalau kena cara pakainya. So pd sesiapa yg belum ada sling tu, cubalah. Sgt selesa. Tak pandai belit? Boleh belajar kat youtube. Hubbyku pun dah pandai pakai. Drpd kena dokong je, baik pakai sling katanya.

Saturday, May 16, 2009

44 hari

Hari ini genap hari terakhir ku berpantang. Adoi la.. deritanya nak habiskan 44 hari nih. Mau taknya. Kena pantang dlm cuaca yg panas terik. Ku diberitahu (sbb ku x baca paper), tahap kepanasan ni akan berpanjangan smpi bln 9 nih. Mak aii.. mampus. Dan tentu2 bln puasa panas terik. Cobaan.. dugaan. Harap2 aku kekeringan le nnt. Maklumlah.. cuaca panas. jgn effect susu dahlah.